berita

Bapa Anna Jobling Meninggal Dunia

September 8th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Bapa kepada pelakon Anna Jobling iaitu Abdul Rahman Jobling menghembuskan nafas terakhir pada malam Khamis.

Artikel Berkaitan: Anna Jobling Padam Semua Gambar Bersama Meerqeen Di Instagram? Hantaran Di X Timbul Tanda Tanya

Salam Takziah

Menerusi hantaran Instagram, Anna Jobling atau nama sebenar Anna Ellisa Gustin Jobling membuat hantaran surah Al-Fatihah atas pemergian ayah tercinta.

Ayah saya, Abdul Rahman Jobling bin Abdullah telah menghembuskan nafas terakhir pada malam tadi.

Dia Ayah yang luar biasa dan selalu memberi sokongan dalam semua perkara.

Bagaimanapun, Anna tidak menjelaskan punca dan butiran lain mengenai pemergian Allahyarham. Sebaliknya, Anna mohon jasa orang ramai untuk sedekahkan Al-fatihah buat bapanya.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×