berita

Bapa Bunuh Diri Lepas Campak 3 Anak Dari MRR2, 2 Disahkan Meninggal Dunia

August 2nd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki warga Myanmar bertindak mencampak tiga anaknya iaitu dua lelaki dan seorang perempuan dari jejambat Jalan Lingkaran Tengah 2 di Lebuhraya MRR2, Kepong yang berketinggian 20 meter. Lelaki itu kemudian bertindak membunuh diri.

Campak anak sebelum bunuh diri

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul iaitu Asisten Komisioner Beh Eng Lai, lelaki tersebut bersama dua anaknya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi kanak-kanak yang mengalami kecederaan parah dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.

Berdasarkan kenyataan saksi, lelaki berusia 38 tahun terbabit dilihat berjalan sambil mengendong seorang kanak-kanak, manakala dua lagi kanak-kanak dipegang di tangan kanan dan kirinya.

Saksi cuba menghampiri lelaki berkenaan namun secara tiba-tiba lelaki itu terus mencampakkan kanak-kanak yang dikendong dan dipimpinnya dari jejambat MRR2, lelaki berkenaan juga bertindak terjun

Menurut sumber, mangsa mengalami kecederaan dalaman di perut dan juga keretakan pada rusuk kirinya. Mayat yang ditemui di tepi jalan raya berhampiran lampu isyarat di Desa Jaya itu dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Tambahnya lagi, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini diminta tampil memberikan keterangan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes iaitu Asisten Superintendan GS Baldev Singh di talian 012-480 6062 atau Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×