Pelakon Fikry Ibrahim memaklumkan bapanya iaitu Ahmad Ibrahim telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Jumaat.
Salam takziah
Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 30, berkongsi berita sedih itu menerusi hantaran di Instagram miliknya dan meminta orang ramai mendoakan agar Allahyarham bapanya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Ayah saya, Ahmad Ibrahim sudah kembali ke rahmatullah. Doakan ayah saya diampunkan segala dosa-dosa beliau, dipermudahkan urusan dan ditempatkan bersama kalangan orang beriman.
Terima kasih semua.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata rakan artis dan wargamaya menzahirkan ucapan takziah kepada Fikry sekeluarga atas pemergian insan tersayang,
Takziah buat kelaurga. Perginya di hari barakah. Al fatihah.
Semoga dipermudahkan segala urusan, salam takziah.
Salam takziah buat Fikry sekeluarga dengan pemergian Ayahanda di pagi jumaat.
Sebelum ini sekitar jam 4 pagi (Jumaat), Fikry sempat berkongsi di Instagram Story memaklumkan bapanya telah ditidurkan selain meminta orang ramai mendoakan urusan bapanya dipermudahkan.
Sumber: Instagram Fikry Ibrahim