Foto: Daily Star
Tindakan seorang remaja lelaki di Britain yang didakwa membunuh adik tirinya dengan kejam mengundang padah selepas dia dikenakan hukuman penjara seumur hidup.
Bunuh adik tiri dengan kejam
Foto: Daily Star
Memetik laporan antarabangsa, suspek dikenali sebagai Craig Mulligan berusia 14 tahun didakwa bersalah berhubung pembunuhan mangsa, Logan Mwangi, 5 tahun. Mulligan didakwa sebagai pelaku utama pembunuhan mangsa dan apa yang lebih mengejutkan apabila pembunuhan tersebut dilakukan bersama ibu tirinya, Angharad Williamson, 31, serta bapanya sendiri John ‘Jay’ Cole, 40.
Difahamkan mangsa mengalami kecederaan yang serius sebelum mayatnya dibuang ke dalam sungai. Pihak polis menemui mayat mangsa di Sungai Ogmore, Wales Selatan pada 31 Julai tahun lalu.
Bercerita lebih lanjut, Mwangi ditemui dengan 56 kesan luka serta lebam pada badannya di samping mengalami kecederaan dalaman lain.
Tanda-tanda kejahatan dilihat jelas
Foto: Daily Star
Sebelum insiden tersebut berlaku, tanda-tanda kejahatan suspek dilihat dengan jelas oleh keluarga angkatnya dan ujar ibu bapa angkatnya mereka tidak dapat mengawal tingkah laku menakutkannya. Sebelum ini, Mulligan mempunyai sejarah melakukan serangan kejam ke atas anak kecil, orang dewasa dan haiwan.
Difahamkan, dia menggunakan latihannya dalam seni mempertahankan diri untuk menyakiti mangsa dengan teruk.
Sumber: Daily Star