berita

Bapa ‘Jawab’ Soalan Fizik Anak Menerusi Mesej Curi Tumpuan

September 16th, 2019 | by Shira
Kini Trending

Kebiasaannya insan yang bergelar ayah seringkali digambarkan sebagai seorang yang tegas dan garang berbeza dengan sifat yang digambarkan oleh seorang ibu iaitu prihatin, lemah-lembut dan penyayang. Namun begitu, disebalik sifat tegas dan garang, seorang ayah itu juga sebenarnya penuh dengan sifat mengambil berat dan kasih sayang.

Terbaru, satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter, Zirwatul Qistina ini mungkin boleh menggambarkan sifat seorang ayah yang prihatin apabila bapanya tetap membalas mesej anaknya walaupun dia tengah sibuk bekerja.

‘I love you, dad’

Menurut gadis ini, disebabkan dia tidak dapat menjawab beberapa soalan subjek Fizik, dia telah menghantar mesej kepada bapanya untuk bertanyakan mengenai soalan tersebut.

Apa yang lebih mengagumkan, walaupun bapanya sibuk dengan kerja tetapi dia sanggup meluangkan masanya untuk menulis jawapan dengan lengkap dan jalan kerja satu per satu kepada anak perempuannya itu.

‘Never let him down’

Perkongsian gadis ini telah mendpat perhatian netizen dan memperoleh lebih daripada 22, 600 rt. Rata-rata netizen kemudian turut berkongsi pengalaman mereka mengenai perkara tersebut.

Malah ada juga yang kagum dan terharu dengan tindakan bapa gadis tersebut yang dianggap sebagai ‘hero’ kerana sanggup meluangkan masa untuk membantu menjawab soalan anaknya itu.

Sumber: Zirwatul Qistina