berita

Bapa Kandung Disyaki Bunuh Anak Kandung Sebelum Terjun Bangunan

February 4th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki warga Indonesia didakwa telah membunuh anak perempuannya yang berusia tujuh tahun sebelum dia (bapa) bertindak membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas bangunan kediaman yang terletak di Ara Damansara.

Bunuh anak sebelum terjun bangunan

Sekadar gambar hiasan

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Harian Metro, insiden ngeri ini dipercayai disedari oleh penduduk setempat selepas mendengar jeritan ibu kanak-kanak terbabit. Mereka kemudian menghubungi pihak polis melaporkan tentang kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, mayat kanak-kanak itu ditemui berada di dalam bilik manakala mayat si bapa ditemui di kawasan parkir motosikal di bangunan tersebut.

Kami menahan tiga individu iaitu ibu kandung mangsa berusia 30-an serta dua penyewa lain di rumah berkenaan membabitkan sepasang suami isteri masing-masing berusia lingkungan 50-an untuk siasatan lanjut.

Dakwaan pernah dirogol bapa

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, pihak polis juga menerima laporan mendakwa kanak-kanak terbabit pernah menjadi mangsa rogol si bapa. Oleh itu, pihak polis akan menjalankan siasatan berhubung kes ini. Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

Jelasnya lagi, kesemua individu terbabit akan ditahan reman selama tujuh hari dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×