berita

Bapa Meninggal Dunia 6 Jam Sebelum Majlis Konvokesyen, Anak Kuatkan Diri Hadir Terima Skrol

November 1st, 2022 | by Wani
Kini Trending

Seorang graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini menerima segulung ijazah dalam keadaan pilu apabila bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa jam sebelum majlis konvokesyen.

Artikel Berkaitan: Bayi 4 Bulan Naik Pentas Graduasi, Wakili Ibu Yang Meninggal Selepas Bersalin

Artikel Berkaitan: Trafik Sesak Sebab Kemalangan Di Jambatan Pulau Pinang, Graduan Tahan Motor Nak Pergi Majlis Konvokesyen 

Meninggal dunia 6 jam sebelum majlis

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Kosmo, ayah kepada Muhammad Hafiz Mokhtar, 27, terjatuh sewaktu mereka sekeluarga berada di sebuah inap desa di Teluk Ketapang sebelum terkena serangan jantung. Tambah Hafiz, ayahnya paling teruja untuk ke majlis konvokesyen anaknya.

Arwah ayah sangat teruja untuk hadir majlis konvokesyen buat pertama kali sebab saya anak pertama yang belajar hingga ke menara gading.

Tambahnya, arwah meninggal di dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Berikutan itu, Hafiz terpaksa kuatkan diri untuk menghadiri majlis konvokesyen walaupun tanpa bapa tercinta.

Anak ketiga daripada enam beradik itu menerima skrol Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) dengan Kepujian daripada Pro Canselor UniSZA, Tunku Datuk Nooruddin Tunku Shahabuddin.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×