Majlis graduasi ataupun konvokesyen sudah tentu menjadi satu majlis yang ditunggu-tunggu setiap individu yang telah berhempas pulas demi segulung sijil.
Setiap ibu bapa pula sudah tentu teruja dan bangga untuk berada di dalam dewan melihat anak mereka naik ke pentas, namun berbeza pula untuk satu perkongsian ini.
Meninggal selepas melahirkan anak
Dalam satu perkongsian milik @_alsinthya28 di laman TikTok, dilihat seorang bayi kecil yang dikendong neneknya untuk menerima sijil mewakili seorang wanita bernama Citra Fadillah.
Difahamkan, Citra Fadillah merupakan ibu kepada bayi tersebut yang dikenali sebagai Kimberly yang telah meninggal dunia setelah melahirkan kanak-kanak tersebut.
Adik Kimberly wakili ibunya yang waktu dia buka mata, ibunya pula menutup mata.
Memetik laporan laman berita Indonesia yoursay.id, suami kepada Allahyarhamah tidak dapat hadir untuk mewakili Citra kerana sedang ditahan polis selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
‘Siapa letak bawang’
Menjengah ke ruangan komen, netizen akui sebak melihat video berkenaan, serta mendoakan agar bayi 4 bulan itu membesar dan menjadi seorang yang berjaya seperti ibunya.
Sumber: TikTok @_alsinthya28, yoursay.id