berita

Bapa Mentua MK K-Clique Meninggal Dunia

October 2nd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Bapa mentua kepada penyanyi rap, MK K-Clique iaitu Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad meninggal dunia pada malam Ahad.

Artikel Berkaitan: Penyanyi & Pelakon Era 80-an, Mek Habsah Meninggal Dunia

Dikebumikan pagi Isnin

Suami Noniswara Meninggal Dunia

Berita pemergian Allahyarham Sheikh Nordin itu disahkan sendiri oleh isterinya yang juga merupakan pelakon, Datin Seri Noniswara Baharuddin menerusi hantaran di Instagram.

Menurut Noniswara jenazah suaminya itu akan diuruskan di Ampang sebelum dikebumikan di kampung halamannya yang terletak di Kuala Krau, Temerloh, Pahang.

Jenazah suami saya, Sheikh Nordin Sheikh Ahmad akan dimandi dan disembahyangkan di Masjid Mustaqim Ampang pada jam 8.30 pagi.

Jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kuala Krau, Temerloh, Pahang.

Untuk rekod, Noniswara mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Sheikh Nordin pada 2015 yang lalu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×