
Pelakon terkenal Shukri Yahaya memaklumkan bahawa bapa mentuannya telah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.
Artikel Berkaitan: Shukri Yahaya Nasihat Pelakon Baharu Tidak Memilih Naskhah – ‘Berlakon Dalam Drama Belajar Banyak Perkara’
Artikel Berkaitan: Shukri Yahaya Setia, Dijadikan Suami Contoh – ‘Tengok Rezeki Dia Melimpah’
Meninggal dunia

Shukri atau nama lengkapnya Mohd Shukri Yahaya, 38, berkongsi berita duka itu menerusi hantaran terbaharunya di Instagram Story kira-kira sejam yang lalu.
Assalamualaikum. Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa bapa mentua saya, Ahmad Adnan telah kembali ke rahmatullah pagi ini.
Dalam masa yang sama, Shukri juga memohon orang ramai agar mendoakan perjalanan terakhir bapa mentuanya itu dipermudahkan Allah SWT.
Mohon doa dari semua agar rohnya dicucuri rahmat, ampunkan dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Tinjauan OhBulan!, mendapati isteri kepada Shukri iaitu Tya Adnan turut memuat naik hantaran yang sama di akaun Instagram miliknya.
Walau bagaimanapun, Shukri dan Tya tidak berkongsi mengenai maklumat lanjut berkenaan pemergian bapa tercinta.
Sumber: Instagram







![[VIDEO] Ramai Tersentuh Lihat Kemesraan Mawar Karim Bersama Dua Anak Fizo Omar & Fazeera – ‘Mulia Hatinya’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_3305.jpeg)
![[VIDEO] Shahida Penat Dengar Aliff Syukri Asyik Sebut ALF 1, Terus Beli Nombor Plat Cecah 1 Juta – ‘Nilai Pasaran Boleh Meningkat’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/aliff-shahida.jpg)