berita

Bapa Nynaa Harizal Mengaku Tidak Bersalah Ugut Pengawal Peribadi Guna Pistol

November 11th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bapa kepada pelakon jelita, Nynaa Harizal didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini atas perbuatan menakutkan secara jenayah dengan menggunakan pistol ke atas seorang lelaki pada minggu lalu.

Artikel berkaitan: Nynaa Harizal Kongsi Video ‘Happy’ Pergi Pusat Beli-Belah, Netizen Dah Bingung – ‘Tak Nampak Kena Culik Pun’

Artikel berkaitan: Suami Pelakon Dakwa Isteri ‘Diculik’ Keluarga Mentua, Pengawal Peribadi Diacu Pistol?

Mengaku tidak bersalah

Menerusi laporan Harian Metro, tertuduh, Harizal Hashim, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali. Berdasarkan kertas pertuduhan, Harizal didakwa melakukan perbuatan menakutkan secara jenayah dengan mengeluarkan sepucuk pistol terhadap seorang lelaki berusia 25 tahun di tepi Jalan Setia Perdana, Alam Nusantara, Setia Alam pada pukul 1.40 pagi, 2 November yang lalu.

Susulan daripada itu, dia dakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tempoh tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan tersebut dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Elyza Amira Habeeb Rahman yang menawarkan jaminan RM5,000 manakala Harizal tidak diwakili peguam.

Dakwa Nynaa dilarikan keluarga

Sebelum ini, Harizal yang juga bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memohon mahkamah mengurangkan jaminan atas alasan perkhidmatan cemerlangnya selama 25 tahun dalam TUDM. Berikutan itu, mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Disember depan.

Sebelum ini, media melaporkan suami Nynaa, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas mendakwa isterinya dilarikan keluarga pelakon itu sendiri ketika mengikuti penggambaran sebuah drama pada awal bulan ini.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×