Minggu lalu, nama pelakon Nynaa Harizal menjadi panas selepas suami tercinta, Mohamed Fahmi Ilyas mendakwa isterinya ‘diculik’ oleh bapa mentuanya, Mejar (B) Harizal Hashim pada tengah malam Isnin.
Lebih mengejutkan lagi, Fahmi, 29, mendakwa bapa mentuanya mengacukan sepucuk pistol ke arah perut pengawal peribadi Nynaa sambil memberi amaran akan melepaskan tembakan jika menghalangnya untuk mengambil pelakon terbabit.
Artikel Berkaitan: Suami Pelakon Dakwa Isteri ‘Diculik’ Keluarga Mentua, Pengawal Peribadi Diacu Pistol?
Keluar ke pusat beli-belah
View this post on Instagram
Bagaimanapun, hantaran terbaru Nynaa di Instagram (IG) miliknya mencuri perhatian wargamaya. Menerusi perkongsian video, Nynaa kelihatan gembira bersama adik beradiknya di Johor Premium Outlets.
Seolah tiada apa yang berlaku, pemilik nama Nurul Hanynaa Harizal nampak riang berbanding rakaman video bermain basikal yang jelas matanya kelihatan sembap.
Betul ke kena culik?
Di ruangan komen, rata-rata netizen mula berteka-teki sama ada benar peserta Dewi Remaja 2019/2020 ini ‘diculik’ seperti yang didakwa suami.
@wawabescoot: Kena culik?
@zukmawar: Tak nampak macam kena culik pun. Happy ja.
@dwsh_iman: Katanya kena culik dengan keluarga sendiri. Ni video lama ka baru?
@sitinursaadah591: Nampak happy ja. Adakah kontroversi semata-mata?
@princessasyuraarissa: La ingatkan kena culik. Rupa-rupanya pergi bercuti dengan keluarga. Aduyai.
Bagaimanapun, ada segelintir warganet yang berfikiran positif dengan mendoakan agar rumah tangga pelakon drama Kekasih Paksa Rela ini kekal bahagia dan dilindungi Allah.
Sehingga artikel ini ditulis, Nynaa masih belum memberikan sebarang kenyataan berkaitan kontroversi berkenaan.
Terdahulu, Nynaa mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Fahmi Ilyas pada 28 Ogos lalu.
Sumber: Instagram @nynaaharizal___