berita

Bapa Obses Sertai Acara Larian, Sanggup Tinggalkan Anak Dalam Kereta

November 17th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

 

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita mengecam obsesi suaminya terhadap sukan larian dan dan mendakwa pasangannya itu pernah meninggalkan anak perempuan mereka yang berusia lima tahun di dalam kereta semata-mata untuk menyertai acara larian maraton.

Artikel Berkaitan: Sempat Jerit Minta Tolong, Wanita Ditikam 15 Kali Oleh Rakan Bisnes..Mayat Ditemui Dalam Longkang

Artikel Berkaitan: Terlupa Hantar Ke Pusat Asuhan, Bayi 16 Bulan Maut Tertinggal Dalam Kereta Bapa

Musnahkan keluarga

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Oddity Central, obsesi bekas suami Zhao terhadap larian akhirnya memusnahkan keluarga mereka.

Ketagihannya untuk berlari memusnahkan keluarga kami.

Menurut Zhao, pada mulanya, dia menggalakkan bekas suaminya  berlari untuk memelihara kesihatannya, tetapi tidak lama kemudian ia sentiasa menjadi keutamaan nombor satu baginya.

Zhao telah memuat naik perkongsian mengenai bekas suaminya pernah meninggalkan anak perempuan mereka yang berusia lima tahun bersendirian di dalam kereta selama beberapa jam supaya dia boleh menyertai larian maraton.

Kejadian tersebut diceritakan sendiri oleh anak perempuannya. Kanak-kanak itu berkata bapanya membelikan sarapan pagi, memberikan telefon bimbit untuk hiburan dan  menguncinya di dalam kereta kemudian berlari untuk menyertai maraton.

Selepas menghadapi kecaman orang ramai, Peng, mengaku dia telah meninggalkan anak perempuannya seorang diri di dalam kereta supaya dia boleh berlari dalam acara maraton.

Walau bagaimanapun, dia mendakwa hanya berlari dalam jarak yang singkat sebelum kembali kepada gadis itu.

Saya hanya berlari 1.5 kilometer kemudian kembali ke kereta dan mendapati dia sedang tidur.

Sumber: Oddity Central

SKIP THIS AD ×