berita

‘Saya Akui Kesilapan Saya Tetapi Bukan Sengaja Nak Tinggalkan Anak’ – Cik Piah

October 6th, 2023 | by Alia
Kini Trending

cik piah

Penyampai radio, Feeya Iskandar menepis dakwaan bahawa dia mengabaikan anak sulungnya iaitu Adam Malique semasa insiden kanak-kanak itu tertinggal di dalam tandas pusat membeli belah baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Raut Wajah Adam Malique Kena Tinggal Dekat Tandas Buat Netizen Berdekah Gelak – ‘Cik Piah Ingat Dia Dah Keluar’

Artikel Berkaitan: Cik Piah Tercalon Top 20 ABPBH35, Netizen Tak Puas Hati – ‘Berani Hantar Gambar Tak Senonoh’

Menantu Sharifah Shahira temui Adam

Tidak berdiam diri, Feeya atau mesra disapa Cik Piah tampil menjelaskan situasi sebenar dengan menegaskan bahawa dia sama sekali tidak sengaja meninggalkan anaknya itu keseorangan di dalam tandas.

Bukan sengaja nak tingalkan anak, saya waktu itu sedang bawa anak yang kecil untuk dimandikan dan tukar lampin di bilik bayi. Adam memang sudah terbiasa pergi tandas dan saya juga telah berpesan kepadanya untuk tunggu saya.

Takkan saya nak masuk ke dalam tandas lelaki, seganlah saya. Suami saya pula sedang ambil kereta, jadi anak kedua saya ikut bapanya. Adam pula ikut saya sebab nak buang air.

Saya ingatkan Adam akan masuk ke bilik bayi tapi tak ada. Jadi saya tunggu di luar sambil memanggil namanya tetapi dia senyap sahaja.

Bercerita lanjut, penyampai radio berusia 34 tahun itu berkata dia ke pusat membeli belah tersebut bersama beberapa orang rakan selebriti antaranya Sharifah Shahirah dan Nabil Ahmad.

Waktu itu hanya kami sahaja yang ada di situ, jadi saya ingat Adam mungkin ikut Kak Shiera atau siapa-siapa yang dia kenal. Saya ingatkan dia sudah keluar dari tandas, jadi saya pergi ke kereta rupanya dia tiada.

Saya ke tandas semula dan nampak menantu Kak Shiera tengah pegang Adam, Adam pula menangis teresak-esak. Saya terus rasa lega bila nampak muka Adam.

Cik Piah berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di sidang media SuriaVolusi di Uno Cafe & Bistro, Kuala Lumpur pada Isnin.

Kecaman netizen

cik piah

Susulan insiden itu, Cik Piah menerima pelbagai reaksi daripada warganet antaranya adalah kecaman namun dia tetap menjadikan kejadian tersebut sebagai pengajaran dan berjanji akan lebih peka dalam memantau anak-anak.

Selepas kejadian itu anak-anak memang di depan mata kami.

Bila baca komen netizen saya ambil yang baik dan jadikan ini sebagai pengajaran juga.

Saya akui kesilapan saya tetapi bukan sengaja nak tinggalkan anak, siapa yang tak sayang anak kan?

SKIP THIS AD ×