berita

Bapa Tak Sanggup Tengok Video Anak Ditarik, Diikat & Dipukul Sampai Mati

February 22nd, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Keluarga kepada lelaki yang diikat dan dipukul hingga maut selepas terbabit kemalangan dekat Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang, Selangor, mengharapkan keadilan selain pelaku dikenakan hukuman setimpal.

Artikel Berkaitan: Anak Pukul Muka Ibu Guna Kunci Stereng Ketika Sedang Nyenyak Tidur

Keluarga tak sanggup tengok video

Foto: Buletin TV3

Bapa Allahyarham Shahril iaitu Samad Bakar, 70, bagaimanapun menyatakan mereka sekeluarga tidak sanggup melihat video yang tular itu.

Ketika itu anak hanya beritahu arwah dipukul. Tiada pula dia maklum yang dia (Shahril) sudah meninggal dunia. Saya mula bersiap ke lokasi, namun anak beritahu tidak perlu kerana arwah sudah dibawa ke Hospital Serdang.

Tambah Samad lagi, meskipun dia tidak mengetahui apa yang berlaku tetapi dia beranggapan arwah tidak swwajarnya diperlakukan sedemikian. Samad menyifatkan anak keduanya itu seorang yang baik selain rajin membantu dia dan isteri di kedai makan.

Sementara itu, adik Allahyarham iaitu Syazwan berkata, mereka sekeluarga menyerahkan kes itu kepada pihak polis dan mengharapkan keadilan buat mangsa.

Mereka tidak patut dilepaskan begitu saja kerana telah menyebabkan kematian. Saya ada dapat rakaman keseluruhan kejadian daripada orang awam yang berada di lokasi dan memaklumkan bersedia jadi saksi.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki maut selepas ditarik keluar daripada kereta oleh orang awam akibat terbabit dalam kemalangan serta tangannya diikat dan dipukul.

Mangsa dikatakan dikejar orang awam hingga ke Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang sebelum keretanya terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan. Susulan daripada itu, lima lelaki berusia 25 tahun hingga 52 tahun telah ditahan reman bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×