berita

Bapa Tiri Bakal Hadapi Hukuman Penjara 830 Tahun, Berdepan 32 Pertuduhan Termasuk Rogol Anak

April 13th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Seorang lelaki yang didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun bakal berdepan dengan 32 pertuduhan termasuk merogol, seks menggunakan objek serta amang seksual terhadap remaja berkenaan.

Artikel Berkaitan: Tular Video Mak Cari Anak Hilang, Rupanya Remaja Lari Rumah Disyaki Trauma Jadi Mangsa Rogol Bapa Tiri

Berdepan hukuman penjara 830 tahun

Foto: MalaysiaGazette

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, suspek yang merupakan bapa tiri kepada mangsa bakal berdepan dengan pertuduhan itu di Mahkamah Seksyen Ayer Keroh, Melaka esok (Jumaat) manakala isterinya turut direman bagi membantu siasatan dengan menjadi saksi kepada pendakwaan tersebut. Difahamkan, siasatan terhadap kes tersebut sudah pun selesai dan telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) semalam bagi melengkapkan pendakwaan.

Esok, suspek yang bekerja sebagai pengajar kelas renang akan berdepan 12 pertuduhan rogol di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Lelaki itu juga akan didakwa bagi 12 tuduhan melakukan amang seksual mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Suspek juga akan dituduh atas lapan pertuduhan melakukan hubungan seks menggunakan objek di bawah Seksyen 377 CA KK.

Jika disabitkan kesalahan, suspek bakal berdepan dengan 32 pertuduhan dan menjadikan jumlah maksimum hukuman yang dikenakan terhadapnya ialah sebatan serta 830 tahun penjara.

Merogol suspek ketika sedang tidur

Gambar sekadar hiasan

Dalam pada itu, suspek dikatakan telah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sejak Januari 2020.

Mangsa ketika itu sedang tidur di dalam biliknya sebelum didatangi suspek yang bertindak menutup mulutnya sebelum meraba dan merogol tanpa kerelaannya.

Ketika kejadian, isteri suspek sedang tidur di bilik rumah mereka di Taman Maju Jasin.

Terdahulu, pada 6 April, tular satu berita mengenai seorang remaja wanita berusia 16 dilaporkan hilang dari rumahnya sejak 20 hari yang lalu sebelum dijumpai dalam keadaan selamat di sebuah pangsapuri di Kampar, Perak.

Remaja berkenaan bagaimanapun mengaku telah keluar dari rumahnya itu secara sukarela dan bukan paksaan.

Sumber: MalaysiaGazette

SKIP THIS AD ×