
Dalam masyarakat tempatan, wujud kepercayaan bahawa berbaring ketika azan berkumandang boleh menyebabkan jenazah menjadi berat apabila meninggal dunia kelak.
Artikel Berkaitan: Letak Yasin Bawah Bantal Sebab Takut Gangguan Jin? Ini Penjelasan Hukum Yang Anda Perlu Tahu
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tengah Bersetubuh Tiba-Tiba Azan Berkumandang, Perlu Berhenti Atau Teruskan? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus
Hadis palsu
Kepercayaan ini sebenarnya merupakan salah faham daripada pertembungan adat lama dan unsur rohani, sedangkan ia tidak mempunyai sebarang dasar dalam prinsip agama Islam.
Dari sudut penilaian hadis, dakwaan yang mengaitkan larangan berbaring semasa azan dengan beratnya mayat di kemudian hari adalah rekaan semata-mata dan tidak mempunyai sebarang sumber yang boleh dipercayai.
Azan bukan sekadar laungan waktu solat, malah ia adalah simbol suci Islam yang menuntut perhatian setiap muslim untuk segera menyambut seruan ibadah.
Daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA, Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa umat Islam digalakkan memberi fokus sepenuhnya ketika azan dilaungkan.
Jika kalian mendengar seruan azan maka katakanlah seperti mana yang dikatakan oleh tukang azan.
Sebaik sahaja mendengar laungan azan, persiapan perlu dibuat untuk menuju ke masjid bagi menunaikan solat berjemaah, yang memiliki pelbagai kelebihan seperti yang dinyatakan Rasulullah S.A.W. melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA.
Sesiapa yang bersuci di rumahnya (berwuduk dan sebagainya) kemudian berjalan menuju ke mana-mana rumah Allah untuk menunaikan kefarduan yang telah diwajibkan oleh Allah.
Maka salah satu langkahnya akan menghapuskan dosa dan langkah yang lain akan menaikkan darjatnya.