berita

Baru 4 Hari Kahwin, Pengantin Cantik Ditemui Maut Di Dalam Beg Pakaian

November 2nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: DailyStar

Seorang wanita yang baru sahaja mendirikan rumah tangga empat hari yang lepas, ditemui mati di dalam sebuah beg pakaian di kawasan berumput berhampiran Aysgarth Avenue, Nunlea Royd Ahad yang lepas.

Lelaki warga tempatan ditahan

Foto: DailyStar

Menerusi laporan yang dipetik daripada DailyStar, seorang lelaki warga tempatan berusia 45 tahun, telah ditangkap berikutan disyaki membunuh mangsa yang dikenali sebagai Dawn Walker. Difahamkan, mangsa baru sahaja mendirikan rumah tangga pada hari Rabu yang lalu. Mengulas lebih lanjut, rakan baik kepada wanita ini menceritakan mangsa seorang wanita yang baik hati, penyayang dan peramah.

Dia berkahwin pada hari Rabu dan meninggal dunia pada pagi Ahad. Dawn adalah seorang wanita yang cantik, baik dan sihat.

Berita mengenai kematian Dawn membuatkan jiran-jiranya berasa terkejut dan pihak polis kini, sedang menyiasat kes pembunuhan tersebut. Pihak polis pada masa yang sama, menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat tambahan berhubung kejadian tersebut untuk tampil memberikan maklumat.

Sumber: DailyStar

SKIP THIS AD ×