
Penampilan penyanyi Indonesia, Aaliyah Massaid yang hadir ke majlis perkahwinan rakan baiknya, Al Ghazali dan Alyssa Daguise pada Isnin telah menyorot perhatian netizen.
Artikel Berkaitan: Thariq Halilintar Lamar Aaliyah Massaid Dalam Kebun Bunga Di Thailand
Tetap anggun selepas melahirkan
Masakan tidak, Aaliyah yang hadir bersama suaminya, Thariq Halilintar kelihatan menawan meskipun baru sahaja melahirkan cahaya mata empat hari lalu.
Menerusi perkongsian jurusolek terkenal Indonesia, Rossy Pramita di Instagram (IG), Aaliyah begitu anggun ketika memperagakan busana tradisional berona ‘dusty lavender’.
Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya terpukau dengan kecantikan Aaliyah.
Komen netizen


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kulit wajah Aaliyah yang begitu licin dan mulus meskipun baru beberapa hari melahirkan.
Sekadar info, Aaliyah dan Thariq mendirikan rumah tangga pada 26 Julai 2024 dengan bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo turut hadir sebagai saksi bagi majlis pernikahan mereka.
Aaliyah kemudiannya selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Ahmad Arash Omara Thariq pada 13 Jun lalu.
Sumber: Instagram Rossy Pramita








