Personaliti media sosial terkenal di Indonesia, Thariq Halilintar telah melamar teman wanitanya, Aaliyah Massaid, pada Rabu.
Artikel Berkaitan: Kantoi Ambil Dadah, Influencer Merangkap Bekas Kekasih Thariq Halilintar Ditahan Polis
Artikel Berkaitan: Atta Halilintar Akui Mencabar Jadi ‘Daddy Muda’, Gembira Lihat Ameena & Azura Disayangi Ramai
Ajak minum kopi
Momen lamaran itu telah dimuat naik oleh Thariq dan Aaliyah di Instagram (IG) mereka dan mendapat perhatian ramai.
Pasangan berkenaan dilihat serasi bersama apabila masing-masing mengenakan pakaian berona putih.
Difahamkan pada awalnya Thariq mengajak Aaliyah untuk menikmati kopi dan memintanya untuk berehat seketika dari media sosial.
Namun Aaliyah sama sekali tidak menyangka ketika sedang menikmati pemandangan indah, adik kepada Atta Halilintar itu akan mengeluarkan cincin lalu melamarnya.
Wanita berusia 22 tahun tersebut tidak dapat menahan sebak lalu menangis selepas menerima lamaran daripada kekasihnya.
Dalam pada itu, antara yang menarik perhatian warganet adalah lokasi lamaran tersebut iaitu di tengah kebun bunga yang dipercayai terletak di Primo Piazza, Thailand.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata ramai rakan artis dan juga warganet mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.
Warganet juga mendoakan agar persiapan perkahwinan dipermudahkan dan perhubungan mereka berpanjangan.
Masya-Allah, sweet sangat! Semoga lancar sampai hari perkahwinan kalian.
Aku mahu menangis. Bahagia tengok Aaliyah, Alhamdulillah.
Alhamdulillah Ya Allah. Semoga dilancarkan segalanya dan semoga ini adalah jalan terbaik yang Allah beri untuk kalian.
Sumber: IG Thariq Halilintar, Suara.com & DetikHot