Gara-gara tidak dapat menerima berita isterinya hamil, seorang lelaki bertindak mengoncang badan isterinya sehingga pengsan di perkarangan hospital yang terletak di wilayah Hubei, China.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Masih Maafkan Walau Dipukul Di Perut Ketika Hamil, Youtuber ‘Serik’ Rujuk Semula Dengan Suami Demi Anak
Tertekan kerana masalah kewangan
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan portal Thaiper, lelaki berkenaan membawa isterinya yang tidak berapa sihat untuk mendapatkan rawatan di hospital namun, alangkah terkejutnya dia selepas isterinya disahkan hamil.
Dia kemudiannya menggoncang isterinya sambil berteriak akibat terlalu tertekan dengan masalah kewangan yang dihadapinya selepas mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga.
Lelaki tersebut terlalu beremosi dengan berita itu kerana terfikirkan perbelanjaan mereka di masa hadapan selepas isterinya itu dikatakan kini hanya menganggut dan bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suaminya sebanyak 5,120 yuan (RM3,288) sebulan.
Dia kemudiannya gagal menahan emosinya dan menangis di atas lantai hospital.
Sumber: Thaiper