Selepas baru sahaja dinobatkan sebagai juara perseorangan Malaysia Master 2020, pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota dilaporkan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Menerusi Harian Metro, pemain kelahiran Jepun itu dikatakan dalam perjalanan ke KLIA bersama dua lagi pemain Jepun dan seorang pemain Britain.

Kento dan rakan cedera ringan

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1216526937469800449

Tiga pemain badminton dunia dari Jepun Yu Hirayama, Morimoto Arkifumi dan Kento Momota bersama William Thomas dari England, mengalami cedera ringan.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, van yang dinaiki mereka dikatakan telah melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Serdang.

Pemandu maut tersepit

Sebaik tiba, didapati pemandu van terbabit yang juga lelaki tempatan dikenali sebagai B Nageswarau tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dikeluarkan oleh anggota bertugas beberapa minit kemudian sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 5.15 pagi. Pemandu van yang merupakan warga tempatan maut ditempat kejadian.

Kento retak hidung

Kento dilaporkan mengalami keretakan di hidung dan menerima beberapa jahitan di muka. Namun begitu, keadaan beliau dikatakan stabil.