berita

Baru Sambut Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke-2, Netizen Puji Ismail Leon Makin Besar Makin Comel!

May 24th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, bekas ratu cantik Rusia iaitu Rihana Oksana Petra mendedahkan wajah anak lelakinya iaitu Ismail Leon di media sosial. Foto yang dimuat naik oleh Rihanna itu mendapat perhatian ramai apabila dia membandingkan wajah Ismail Leon bersama beberapa wajah kerabat diraja Kelantan.

Artikel berkaitan: Rihana Oksana Bandingkan Wajah Anak Dengan Kerabat Sultan Kelantan

Terbaru, Rihana dilihat kembali aktif memuat naik foto anak lelakinya itu di Instagram. Menurut Rihana, anaknya kini semakin bijak dan ingin mencuba sesuatu yang baru seperti kanak-kanak lain.

Leon birthday

Di Instagram, Rihana dipercayai membawa anaknya bercuti dan bersiar-siar di Dubai sempena ulang tahun kelahiran anaknya yang ke-2 pada 21 Mei yang lalu. Pelbagai ragam dan foto Leo berjaya dirakam oleh Rihana sepanjang mereka berdua bercuti bersama.

Comelnya!

Seperti para ibu yang lain, Rihana akan memberikan yang terbaik buat anaknya meskipun Leon masih kecil. Jelas Rihana, memori sambutan ulang tahun kelahiran ini akan disimpan di media sosialnya. Ini kerana, Leon boleh menatap semula apabila dirinya sudah meningkat dewasa.

Selamat ulang tahun kelahiran Leon.

Sangat comel dan kacak.

Happy birthday Prince Ismail Leon!

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat Leon. Menurut netizen, Leon merupakan kanak-kanak yang comel dan kacak.

Sumber: Rihana Petra

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×