berita

Rihana Oksana Bandingkan Wajah Anak Dengan Kerabat Sultan Kelantan

January 4th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, bekas ratu cantik Rusia iaitu Rihanna Oksana Petra mendedahkan wajah anak lelakinya iaitu Ismail Leon di laman media sosial sehingga mendapat perhatian ramai. Bekas ratu cantik itu telah berkahwin dengan Sultan Muhammad V dan dilaporkan sah bercerai dengan talak tiga apabila peguam sultan mengantar surat tersebut kepada peguam Rihana pada Julai 2019.

Artikel berkaitan: Comel! Rihana Petra Akhirnya Dedah Foto Anak, Ismail Leon

Terbaru, Rihana Petra memuatnaik foto anak sulungnya itu di IG Story dengan membandingkan wajah Ismail Leon bersama beberapa wajah kerabat diraja Kelantan. 

Mirip ‘grandparents

Rihana Petra membuat perbandingan wajah Ismail Leon dengan dua wajah kerabat diraja negeri Kelantan iaitu Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan bekas Raja Permaisuri, Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid. Perbandingan wajah itu juga diletakkannya kapsyen ringkas iaitu ‘grandparents‘.

Mirip ‘atuk dan ayah’

Selain itu, Rihana juga memuatnaik foto membandingkan wajah Ismail Leon dengan wajah Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Sultan Muhammad V. Perbandingan tersebut hanya diletakkan kapsyen ‘Like grandpa’ sahaja.

Sehingga kini, masih belum ada apa-apa kenyataan lanjut dari Rihana Petra mengenai status kekeluargaan yang berkaitan dengan anak lelakinya itu.

Sumber: Rihana Petra

SKIP THIS AD ×