berita

‘Baru Sayang Tahu Abang Ganas’ – Pemandu e-Hailing Sempat Gurau Dengan Isteri Sejam Sebelum Maut

August 18th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

nahas elmina

Seorang pemandu e-hailing yang dikenali sebagai Sharipuddin Shaari antara 10 mangsa yang terkorban dalam tragedi nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam, semalam.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jenazah Rider Ditemui Dalam Keadaan Lengkap, Arwah Bekas Pelajar Sekolah Agama

Artikel Berkaitan: Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina Bukan Tragedi Pertama, Rupanya….

Keluarga terkejut

nahas elmina

Menerusi hantaran di Facebook, seorang individu yang dipercayai anak saudara kepada Sharipuddin berkata, dia dan suami terkejut apabila mendapat perkhabaran berita tersebut.

Ya Allah, saya seharian ulas pasal nahas pesawat dekat Elmina dengan suami dari petang semalam. Tiba-tiba pagi tadi suami dapat berita, pemandu e-hailing yang turut sama terkorban dalam nahas itu orang yang kami kenal.

Al-Fatihah Pokcik Din. Pokcik Din tu suami kepada ibu saudara suami, Hairi Rezal Iskandar. Ya Allah Ya Rahman. Ketar tangan nak terima berita berat ini.

Dalam masa sama, individu tersebut yang dikenali sebagai Hazwani Hamdan memohon orang ramai untuk mendoakan arwah bapa saudaranya itu.

Mohon semua doakan kesejahteraan arwah Sharipuddin Shaari, semoga rohnya dirahmati Allah. Mohon semua kenalan sedekahkan al-Fatihah buat arwah dan doakan semoga Allah ampunkan dosa-dosa arwah.

Semoga Acik Suriana Su (isteri arwah) dan anak-anak tabah atas kehilangan ketua keluarga. Sabar banyak-banyak atas ujian dari Allah ini.

Sempat bergurau

nahas elmina

Sementara itu, dalam hantaran sama, Hazwani turut memuat naik tangkapan skrin layar memaparkan gurauan terakhir antara mangsa dan isterinya melalui aplikasi WhatsApp.

Dalam pesanan ringkas berkenaan, arwah dilihat menghantar gambar menunjukkan luka dialaminya di bahagian muka akibat pemakaian kaca mata.

Arwah turut berseloroh mengatakan bahawa kecederaan dialami itu membuatkan wajahnya kelihatan lebih ganas.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×