berita

[VIDEO] ‘Oyen Ada Di Kawasan Pesawat Terhempas’

August 20th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, seorang doktor haiwan yang dikenali sebagai Dr Zul Erwan memberitahu seekor kucing turut terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmina dekat Shah Alam, Selangor pada Khamis lalu.

Artikel Berkaitan: Jasad Ustaz Idris Terpelihara, Hanya Pakaian Hangus Terbakar

Artikel Berkaitan: Nahas Pesawat Terhempas, Wanita Nyaris ‘Hilang’ Dua Anak

Artikel Berkaitan: Sanggup Kerja Siang Malam, Rakan Dedah Arwah Hafiz Mahu Bantu Tanggung Belanja Adik Kahwin

Diselamatkan oleh KKM

Ujar Dr Zul, kucing yang lebih sinonim dengan panggilan oyen itu terselamat daripada tragedi menyayat hati yang meragut 10 nyawa termasuk penunggang motosikal penghantar makanan dan pemandu e-hailing. Tambah Dr Zul, Oyen berjaya diselamatkan oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) pada hari tersebut.

Oyen ni ada di kawasan kejadian semasa kapal terhempas di Elmina. Terima kasih team ambulans KKM kerana turut menyelamatkan Oyen. Gambar nombor 2 Oyen dalam ambulans.

Ujar Dr Zul lagi, kucing malang itu mengalami luka di bahagian kiri badan selain kulit terkoyak lebih kurang 14 sentimeter (cm) di bahagian rusuk.

Oyen mengalami luka bahagian kiri badan, kulit terkoyak lebih kurang 14cm di bahagian rusuk. Tangan kanan Oyen juga tempang  mungkin terseliuh akibat terkejut dan melompat untuk menyelamatkan diri semasa kejadian tu. Tak sangka ramai yang doakan dia. Oyen okay cuma ambil masa sedikit untuk luka dia nak okay.

Terbaru, di Instagram Story, Dr Zul memberitahu keadaan Oyen sudah baik cuma luka di bahagian badannya masih belum pulih.

Video

@ohbulanofficial

Syukur oyen diselamatkan ? #ohbulan #trendingnewsmalaysia #oyen #meow #cats #tragedi #elmina #kapalterbang #terhembas

? ????? ???? – Ali Dawud

Sumber: Dr Zul Erwan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×