Beberapa negeri di Semenanjung Malaysia ketika ini sedang berhadapan dengan situasi banjir besar susulan dari monsun timur laut. Antara negeri yang teruk terjejas adalah Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan, Perak dan Selangor.
Artikel berkaitan: Keluarga Ini Terharu, Orang Kampung Sanggup Tunggu Tepi Jalan Hulur Bantuan Makanan Kepada Mangsa Terkandas Banjir
Di Twitter, seorang lelaki yang dikenali sebagai Farys Nordyn, berkongsi pengalaman apabila dia dan penumpang bas ekspres yang lain terkandas semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu.
Detik cemas sebelum bas tenggelam
So me and my friend were on our way back to KL from KB. This is our picture moments before we got stuck in flood pic.twitter.com/aFEWYholjW
— IntanPayung (@farysnordyn) January 5, 2021
Menerusi perkongsian itu, Farys berkata pemandu bas mereka berjaya mengharungi jalan pertama yang dilanda banjir. Namun, mereka terpaksa mengambil jalan alternatif lain apabila jalan utama dinaiki air. Enjin bas bagaimanapun tidak berfungsi ketika melalui laluan banjir itu.
Here I recorded the flood when we were escaping through the second deck emergency exit. Boats came to and fro the exit on a rescue boat to evacuate passengers to the mosque ? pic.twitter.com/NwOUwp4nVE
— IntanPayung (@farysnordyn) January 5, 2021
Namun begitu, mereka bersyukur kerana pihak Bomba menyelamatkan mereka dengan begitu pantas serta lokasi mereka terkandas berdekatan dengan masjid iaitu Masjid Jeram Besu, Raub. Semua penumpang bas ekspres itu ditempatkan di masjid itu untuk berteduh dan menunggu sehingga banjir reda.
Orang kampung prihatin
Here’s my lunch! This meal means the world !!!! Thank you !
I think this is the 4th batch of food they sent. We had to prioritize the food for older people, babies, children and families. At this time, we only had each other after all kan ? ? pic.twitter.com/pnv455h1Xt
— IntanPayung (@farysnordyn) January 5, 2021
Farys berkata, mereka terpaksa mengikat perut kerana mempunyai makanan yang terhad. Kemudian, dengan sifat yang prihatin dan pemurah, orang Kampung Jeram Besu memberikan makanan dan minuman kepada mereka yang terkandas.
The locals already cooked food for our journey home ! See ? So kind right ?? So we gonna help them to pack ? pic.twitter.com/JLrPTe5o3j
— IntanPayung (@farysnordyn) January 5, 2021
Bukan sahaja memberi makanan semasa mereka terkandas, orang kampung disitu turut memasak makanan untuk bekalan dalam perjalanan pulang mereka.
Alhamdulillah beruntung bagi kami kerana penduduk Kampung Jeram Besu yang sangat baik hati dan peramah
Hanya mampu tersenyum
Hanya mampu tersenyum je ? pic.twitter.com/jy5GGzeviJ
— IntanPayung (@farysnordyn) January 5, 2021
Walaupun bagasi dapat diselamatkan selepas air surut, barangan di dalam bagasi ada yang rosak dan ada yang tidak. Menurut Farys, dia terpaksa memakai kain pelikat sepanjang hari disebabkan semua seluar yang ada di dalam bagasinya koyak dan basah.
Selamat pulang ke destinasi
Yeay , lets go home shall we ? pic.twitter.com/JHTjqtI2sE
— IntanPayung (@farysnordyn) January 5, 2021
Farys dan penumpang yang lain selamat sampai ke destinasi selepas mengharungi pelbagai cabaran sepanjang perjalanan mereka. Perjalanan mereka juga dibantu oleh beberapa pihak iaitu pihak Bomba, polis, orang kampung dan ramai lagi.
Terima kasih buat semua pihak yang membantu kami, ia merupakan pengalaman yang sangat istimewa.
Sumber: Farys Nordyn.