berita

Bawa Keluar Dua Buah Lagu Untuk Peminat, Zaki Yamani Nafi Tak Fokus SPM

February 25th, 2024 | by Amirul Asraf
OB Eksklusif

Penyanyi Zaki Yamani tampil menjawab dakwaan netizen berhubung dirinya tidak fokus semasa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedang berlangsung.

Artikel Berkaitan: #AJL38: Peminat Mahu Zaki Yamani Ganti Jamal Abdillah, Tuan Badan Jawab – ‘Saya Okay Je’

Keluar dua buah lagu baru

Menerusi temu bual secara ekslusif bersama OhBulan!, Zaki atau nama sebenarnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 18, berkata, dia tidak menerima sebarang undangan nyanyian sepanjang SPM berlangsung.

Meskipun mengeluarkan dua buah lagu baru dalam tempoh masa yang sangat dekat, Zaki memberitahu jadualnya untuk belajar masih lagi teratur dan dipantau oleh ibunya sendiri.

Seperti semua orang tahu, saya baru keluarkan dua buah lagu baru iaitu Duri dan Mati Rasa. Duri merupakan lagu kolaborasi di antara saya dengan Dani Kurama serta Kit Shafiq. Mereka berdua yang buat lagu itu. Saya jadi rakan duet mereka. Masa mula saya dengar lagu itu, saya rasa sedap. Saya suka dan Alhamdulillah kami dapat bekerjasama. Ini merupakan lagu paling laju kami siapkan.

Selalu lagu akan siap dalam jangka masa seminggu, dua minggu atau sebulan. Tapi lagu ‘Duri’ ini tidak sebab kami hanya ambil masa lebih kurang dua hari sahaja.

Lagu ‘Mati Rasa’ pula merupakan lagu pop ballad saya yang pertama. Sebenarnya lagu ini saya buat dengan beberapa orang kawan saya. Saya tulis lirik dan mereka buat susunan muzik. Lagu ini berkisahkan pasangan yang gaduh. Apabila seorang ingin memujuk, seorang lagi pula sudah ‘mati rasa’. Tapi tak ada kaitan dengan kisah saya.

Walaupun dua lagu ini keluar semasa saya sedang menduduki SPM, ia sedikit pun tidak menganggu jadual saya. Saya ada satu tempat tuisyen dah lama belajar dengan mereka. Benda tu dah cover banyak lagipun nak rekod lagu ni sejam atau dua jam. Bukan pagi sampai malam. Lepas itu saya sambung belajar semula.

Berbicara lebih lanjut, Zaki memberitahu dia tidak kisah untuk mengeluarkan seberapa banyak lagu untuk tahun ini.

Selaku orang baru dalam industri muzik, saya perlu lagu untuk naikkan nama saya. Saya tak kisah berapa banyak lagu keluar untuk tahun ini. Kalau lagu lama saya, itu lagu jenis budak-budak. Kalau nak menyanyi untuk show rasa tak best. Asyik menyanyi lagu ayah saya saja. Bila ada lagu sendiri macam ni senang. Orang tak rasa saya macam ayah saya. Tapi kalau ada undangan yang nak saya menyanyikan lagu ayah, saya okay sahaja.

Diusik pula mengenai pemilihan Puteri Balqis sebagai pelakon dalam muzik video ‘Mati Rasa’, Zaki dengan ringkas menjawab Balqis seorang pelakon yang sangat berbakat.

Saya tengok dia ada banyak kelebihan. Dia boleh berlakon menangis dengan mudah dan sesuai untuk muzik video saya. Masa tengah borak dia sejenis yang lain, apabila berlakon terus berubah menjadi lain pula. Saya terkejut dia boleh menangis secara spontan. Pemilihan Balqis dibuat oleh saya, jarak umur kami pun tak jauh beza.

Tambah Zaki, dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Puteri Balqis. Mereka sekadar rakan dalam industri seni.

Di akhir temu bual, Zaki berkongsi mengenai perancangannya selepas tamat SPM. Ujar Zaki, dia mahu belajar untuk mencipta lagu dan membuat susunan muzik. Di samping itu, dia bersedia menerima sebarang tawaran menyanyi dan berlakon selepas ini.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×