berita

Bayar Sewa RM360k Sebulan, Markas Sindiket Scam Online Didalangi Warga China Diserbu

November 22nd, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Menjadikan Cyberjaya sebagai markas kegiatan haram, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu serbuan di sebuah bangunan enam tingkat semalam berjaya menahan seramai 680 orang warga China. Apa yang mengejutkan sebahagian besar daripada mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Memetik laporan Harian Metro, lebih 100 suspek berjaya melarikan diri dari serbuan dengan merempuh kepungan imigresen. Walaupun berlaku sedikit provokasi, situasi dapat dikawal dengan bantuan JIM Selangor dan JIM Kuala Lumpur.

Hantar satu kod kepada pelanggan

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee mereka ditahan kerana disyaki terlibat dengan sindiket pelaburan dalam talian termasuk tukaran matawang asing atau forex. Kegiatan yang berpusat di China ini difahamkan menyasarkan rakyat negara itu sendiri.

Semua urusniaga dan pembayaran dilakukan melalui WeChat Pay atau bank di China.

Menjanjikan pulangan yang tinggi dan pantas, sindiket akan menghantar satu kod kepada pelanggan dari laman web yang menggunakan bahasa Mandarin.

Bayar sewa RM360k sebulan

(Foto : Harian Metro)

Beroperasi lebih kurang enam bulan, sindiket ini dilaporkan menyewa keseluruhan bangunan dengan bayaran RM360,000 sebulan.

Dalam operasi ini seramai 680 warganegara China terdiri daripada 603 lelaki dan 77 wanita yang berusia antara 19 dan 35 tahun ditahan di setiap tingkat yang diserbu di bangunan itu dan sebahagian besar mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan atau pasport.

Semua mereka dipercayai menjalankan aktiviti penipuan dalam talian yang berpusat di China yang disyaki telah berjalan lebih kurang enam bulan selain menyasarkan rakyat republik itu.

Tambah Khairul lagi, bangunan ini dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) di setiap tingkat dan kawalan keselamatan yang ketat dimana ahli sindiket mempunyai kad akses untuk keluar masuk.

Di dalam serbuan jam 11 pagi semalam, JIM turut merampas 8230 unit telefon bimbit, 174 unit komputer riba dan 787 unit komputer peribadi. Setakat ini, tiada wakil hadir mengemukakan pasport dan pihak Kedutaan China turut dimaklumkan mengenai penangkapan ini. Suspek akan direman selama 14 hari.

Sumber : Harian Metro , Cyberjaya Info

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×