berita

Aaron Aziz Berang Scammer Guna Wajah & Suara Versi AI Tipu Orang Jual Baju RM1, Sudah Buat Laporan Polis & Aduan MCMC

March 31st, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Aaron Aziz

Sebelum ini, pelakon Datuk Aaron Aziz memaklumkan dia telah membuat laporan polis ke atas empat akaun Instagram yang didakwa menjalankan sindiket penipuan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kepada Empat Akaun Ini Korang Tunggulah Nasib Kau’ – Aaron Aziz

Artikel Berkaitan: Aaron Aziz Ada Sebab ‘Peram’ Sayu Yang Syukur 8 Tahun – ‘Ini Filem Cinta Pertama Arahan Saya’

Wajah & suara AI

Aaron Aziz

Terbaharu, Aaron ketika ditemui OhBulan! berkata tindakan itu dibuat susulan ada pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan wajah dan suaranya dalam versi teknologi kecerdasan buatan atau AI (Artificial Intelligence) untuk mempromosikan barangan mereka.

Scammer guna gambar dan suara saya dalam versi AI, kononnya saya jual baju berharga RM1. Ia tidak masuk akal.

Kesudahannya, tidak fasal-fasal ramai yang ingat saya scam. Mereka mesej di Instagram bertanya adakah saya buka kilang baju.

Sebelum ini kejadian begitu sudah pernah berlaku tapi selepas diberi amaran, mereka sudah padam hantaran itu. Namun kini mereka buat lagi.

Aaron berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan sidang media filem The Experts yang diadakan di Glenmarie Hotel & Golf Resort, Petaling Jaya pada Sabtu.

Berang dengan tindakan scammer tersebut, Aaron berkata dia sudah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MCMC ambil masa juga untuk cari dan jejaki si pelaku. Harapnya kita akan dapat bantuan dan tindakan pantas daripada MCMC.

Bukan hanya saya, malah ustaz Azhar Idrus pun terkena kononnya dia jual kain pelekat.

Dalam perkembangan terkini, Aaron bakal membintangi sebuah filem aksi heist tempatan tahun ini bertajuk The Experts.

Filem yang turut dijayakan Mimi Lana, Remy Ishak dan Maya Karin tersebut bakal menemui penonton pada 23 Mei ini.

SKIP THIS AD ×