berita

Bayaran Tidak Setimpal Jadi Punca Faizal Hussein Tolak Tawaran Berlakon Iklan Antarabangsa

April 10th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelakon hebat negara, Faizal Hussein mendedahkan bahawa dia terpaksa menolak tawaran untuk berlakon dalam sebuah iklan bagi satu produk jenama antarabangsa kerana bayaran yang ditawarkan terlalu rendah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Iklan Raya Faizal Hussein Pilih Baju Isteri – ‘Salah Bagi Jawapan, Naya ..’

Artikel Berkaitan: Aktif Buat Video Sebab Tuntutan Kerja, Anak Jaga Konten TikTok Faizal Hussein

Bayaran tidak setimpal

Menerusi Kosmo, Faizal, 55, mendedahkan bahawa jika hendak dibandingkan dengan status jenama berkenaan yang begitu terkenal di serata dunia, tawaran harga yang ditawarkan kepadanya begitu rendah.

Saya terima dua tawaran berlakon iklan, satu daripada jenama produk tempatan dan satu lagi antarabangsa. Saya pilih untuk terima tawaran iklan produk tempatan.

Sebab bayaran iklan untuk produk antarabangsa itu lebih rendah berbanding jenama tempatan. Jadi, kita kenalah ajar macam itu kan.

Tambah pelakon filem Gila-Gila Remaja itu lagi, dia tidaklah terlalu memilih dalam memilih sesuatu tawaran.

Bagaimanapun, dia berpendapat bahawa tawaran yang diberikan perlu wajar mengikut standard jenama tersebut.

Kalau produk jenama tempatan boleh tawarkan saya harga setinggi RM10,000, jenama antarabangsa itu tak patutlah berikan harga yang lebih rendah.

Patutnya mereka perlu bayar lebih tinggi sebab jenama antarabangsa. Jadi, kalau mereka tak dapat bayar harga lebih tinggi, saya pun tak nak buat.

Dalam pada itu, video iklan raya Jakel lakonan Faizal dan isteri, Suhaila Sulaiman kini kembali tular dan menjadi bualan di media sosial meskipun iklan tersebut sudah disiarkan sekitar dua tahun lepas.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×