Tular semula sebuah iklan Hari Raya Aidilfitri di TikTok, yang menampilkan pelakon Faizal Hussein bersama isterinya yang juga pelakon, Suhaila Sulaiman.
Artikel Berkaitan: Kami Senaraikan Iklan Raya 2022 Yang Korang Kena Tengok. Semua Best!
Artikel Berkaitan: 10 Iklan Raya ‘Lejen’ Terbaik Sepanjang Zaman, Sampai Hari Ini Masih Ingat Dialog
Kreatif sungguh!
Menerusi potongan klip iklan raya tersebut, aktor itu perlu memilih jawapan untuk soalan tentang baju raya yang dipilih isteri sambil dibantu oleh anaknya.
Paling menarik dan kreatif adalah ketika Faizal dilema memilih jawapan dan tiba-tiba latarbelakang iklan itu berubah menjadi seperti rancangan ‘Who Wants To Be A Millionaire?’
Iklan Hari Raya tersebut difahamkan adalah sebuah iklan dari jenama pakaian terkenal di Malaysia yang telah dihasilkan bagi sambutan Aidilfitri pada tahun 2021.
Netizen pun berdebar pilih jawapan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai warganet yang terhibur dengan gelagat pasangan pelakon itu dan mereka turut berasa berdebar ketika memilih jawapan.
Video yang dimuat naik itu setakat ini telah meraih sebanyak 1.3 juta tontonan dan 65,000 tanda suka.
@hasrumdropship Haha, kalau kena soalan macam ni memang susah lelaki nak jawab. Ko jujur salah, ko tipu-tipu pun salah. #iklanraya #iklan #raya2023 #tiktokshopbazaarraya
Sumber: TikTok