berita

Bayi 16 Bulan Maut Dijangkiti Naegleria Fowleri

September 19th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang bayi lelaki maut selepas dipercayai menangkap amoeba pemakan otak yang masuk melalui hidungnya semasa bermain di taman tema Little Rock, Arkansas.

Artikel Berkaitan: Kubur Bayi Berusia Tiga Bulan Digali Semula Selepas Pejalan Kaki Dengar Bunyi Tangisan

Dijangkiti ‘Naegleria Fowleri’

Menerusi laporan Mirror UK,  Michael Alexander Pollock III meninggal dunia ketika dia baru berusia 16 bulan.

Jabatan Kesihatan Arkansas mengesahkan Michael dijangkiti Naegleria Fowleri “pemakan otak” dan ia merupakan kes kelima yang membawa kepada kematian di Amerika Syarikat tahun ini.

Menurut pegawai kesihatan, Michael meninggal dunia di Hospital Kanak-kanak Arkansas. Tambah pegawai kesihatan, bayi itu berkemungkinan mendapat jangkitan tersebut di Splash Pad Country Club of Little Rock.

Jabatan Kesihatan Arkansas menghantar beberapa sampel dari kolam dan Splash Pad ke Pusat Kawalan Penyakit (CDC).

CDC telah melaporkan satu sampel Splash Pad yang disahkan mempunyai Naegleria fowleri, dimana ia tidak boleh menjangkiti orang jika tertelan dan tidak merebak dari orang ke orang lain.

Kes terakhir dilaporkan di Arkansas adalah pada 2013. Kira-kira hanya tiga orang di Amerika Syarikat yang dijangkiti setiap tahun, tetapi jangkitan ini biasanya membawa maut.

Dalam pada itu, pegawai kesihatan menyatakan bahawa tiada risiko berterusan kepada orang ramai berkaitan pendedahan ini dan Country Club telah menutup Splash Pad bagi tujuan memberikan kerjasama.

Menurut CDC, Naegleria Fowleri biasanya membawa maut. Ia hidup di dalam tanah dan air tawar seperti tasik, sungai dan mata air panas. Naegleria fowleri turut ini dikenali sebagai ‘amoeba pemakan otak’ kerana ia boleh menyebabkan jangkitan otak.

Gejala awal penyakit ini adalah termasuk sakit kepala yang teruk di bahagian depan, demam, loya dan juga muntah.

Tambah CDC, gejala peringkat kedua termasuklah koma, halusinasi, keadaan mental yang berubah, leher kaku dan sawan.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×