berita

Kubur Bayi Berusia Tiga Bulan Digali Semula Selepas Pejalan Kaki Dengar Bunyi Tangisan

September 18th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Kubur seorang bayi yang baru sahaja dikebumikan selama empat hari telah digali semula selepas seorang pejalan kaki terdengar suara tangisan dari kubur.

Artikel Berkaitan: JKM Cari Waris Bayi Ditemui Di Kedai Ayam

Artikel Berkaitan: CCTV Kantoikan Wanita Selamba Buang Bayi Dalam Tong Sampah Selepas Bersalin Dalam Lif

Meninggal sebab demam teruk 

Menerusi laporan Mirror Uk, bayi berusia tiga bulan itu telah disahkan meninggal dunia pada 10 September lalu akibat demam teruk. Berikutan daripada itu, mayat bayi tersebut telah dikebumikan di tanah perkuburan di Protección, Honduras sebelum dibawa keluar semula selepas empat hari dikebumikan.

Salah seorang individu yang rapat dengan keluarga bayi itu menyatakan bahawa mereka terdengar bunyi tangisan ketika sedang berjalan kaki melepasi tanah perkuburan. Mereka mempercayai bahawa bayi itu mungkin ditanam hidup-hidup lalu bergegas memberitahu keluarga mengenai apa yang didengarinya.

Pada masa yang sama, keluarga bayi itu berharap keajaiban bakal berlaku dan mereka memutuskan untuk menggali semula tanah dan memeriksa keadaannya. Kesemua ahli keluarga dilihat bermati-matian berdoa supaya bayi itu masih hidup selepas dikeluarkan dari kuburnya.

Manakala salah seorang daripada mereka cuba menggerakkan jenazah bayi tersebut namun, tiada sebarang tindak balas.

Mayat bayi itu kemudian dibawa ke hospital bagi tujuan pengesahan sekali lagi.  Selepas membuat pengesahan, pihak hospital mengembalikan mayat itu kepada keluarga untuk tujuan dikebumikan semula.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×