Seorang bayi berusia 3 bulan dipercayai dibunuh oleh bapanya sendiri yang merupakan seorang penagih dadah dan panas baran.
Artikel Berkaitan: Bayi Dilabel Terlalu Kecil, Ria Ricis Sedih Dianggap Tak Makan
Artikel Berkaitan: Remaja 18 Tahun Tikam Bayi Selepas Bersalin, Konon Guna Gunting Sebab Nak Potong Tali Pusat
Kejadian yang berlaku di Mukim Padang Hang, Alor Setar, Kedah itu terjadi selepas ibu mangsa melarikan diri kerana tidak tahan dipukul oleh suspek.
Saya maafkan, tapi harap dia dapat hukuman setimpal
Menurut ibu mangsa, Kamalia, 22 tahun, sebagai isteri dia memaafkan suaminya, namun amat berharap suaminya itu mendapat hukuman setimpal atas perbuatan yang dilakukan terhadap anak mereka. Tambah Kamalia lagi, dia kemudian membuat laporan polis sebelum bertindak meninggalkan anak-anaknya dan menumpang di rumah saudaranya kerana takut akan suami yang mengancam mahu membunuhnya.
Saya terpaksa meninggalkan tiga anak masing-masing dua perempuan berusia setahun dan enam tahun serta yang berusia tiga bulan.
Sejak itu, hampir setiap hari saya ke balai polis untuk meminta pertolongan supaya anak-anak diselamatkan kerana bimbang dengan sikap panas baran serta suami yang mungkin bertindak luar kawalan berikutan berada bawah pengaruh dadah.
Susulan daripada itu, Kamilia menerima panggilan telefon mengatakan suaminya sudah ditahan polis dan memintanya untuk hadir ke balai polis.
Sebaik tiba di balai polis, saya dimaklumkan bayi lelaki ditemui meninggal dunia atas katil dalam bilik rumah dan ketika itu saya sudah tidak mampu berfikir.
Difahamkan, suspek yang berusia 28 tahun iaitu bapa mangsa telah memukul kepala, menampar muka serta memulas telinga mangsa kerana mendakwa bayi terbabit enggan minum susu dan kerap menangis menurut siasatan awal. Walau bagaimanapun, mayat bayi tersebut dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat dan suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Sumber: Harian Metro