berita

Bayi Dilabel Terlalu Kecil, Ria Ricis Sedih Dianggap Tak Makan

October 11th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Pelakon dan Youtuber popular, Ria Ricis meluahkan rasa sedih ketika ditemubual dalam sebuah program berkaitan isu bayinya. Menerusi video tersebut, segelintir netizen berpendapat bayinya terlalu kecil dan tidak seperti bayi yang lain.

Artikel Berkaitan: Ria Ricis Selamat Melahirkan Bayi Perempuan, Teuku Ryan Puji Kehebatan Isteri

Artikel Berkaitan: Bayi 8 Bulan Tertelan Pengetip Kuku Ketika Bermain

Bukan jaga berat badan

Menurut Ria, dia mempunyai selera makan yang tinggi dan mengambil makanan berkhasiat semasa mengandung. Wanita berusia 27 tahun itu, sama sekali tidak pernah menghadkan makanannya atau diet demi menjaga tubuh badan apatah lagi sengaja tidak mahu makan ketika sedang hamil. Tambahnya lagi, berat badannya ketika hamil juga meningkat sebanyak 15kg namun berat badan tersebut tidak diserap oleh bayinya.

Rata-rata netizen bersimpati dengan Ria dan mengecam tindakan segelintir individu yang seolah-oleh tidak tahu menghormati kekurangan orang lain.

Kecil bukan masalah

Meskipun berasa amat kesal dengan tanggapan segelintir pihak, namun sokongan penuh yang diberikan oleh suaminya Teuku Ryan telah menguatkan Ria untuk menjadi seorang ibu yang terbaik.

Video

@adekonlineriricouple

Luar biasa netizen dengan segala ketikannya. Alhamdulillaah skrg Moana udah tumbuh jdi anak yang gembil lucu pinter ceria seperti Ibunya????? #fyp #fyp? #riaricis #riaricis1795 #babymoana

? Rasa Cinta Ini – Ghea Indrawari

Sumber: Tiktok

SKIP THIS AD ×