Selepas empat bulan bertarung nyawa melawan penyakit kanser otak (Medullablastoma) dan buah pinggang, akhirnya Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham disahkan meninggal dunia di Unit Dependensi Tinggi (HDU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Berita sedih ini turut dikongsikan oleh seorang usahawan, Mawar Karim yang mengikuti perkembangan adik Nishka dengan mengucapkan takziah di laman Instagram miliknya.
Nishka pergi buat selamanya
https://www.instagram.com/p/B3HA6pLlO5m/
Mawar juga memberitahu bahawa dia telah menerima panggilan daripada ibu Nishka, Khairiah Kamarudin untuk memaklumkan tentang berita pemergian anak bongsunya itu.
Al- Fatihah. Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Baby Nishka berehat lah di syurga menanti awak di sana. Setelah berjuang bertarung nyawa. Allah lebih sayang kan baby Nishka. Ibu bapa baby Nishka akan tunggu di syurga ya anak.
Kami sayang baby Nishka. Mari kita sedekah Al Fatihah dan doa kan baby Nishka.
Menerima panggilan dari ibu baby Nishka mengatakan baby Nishka dah meninggal dunia. Sejujurnya memang tidak mampu untuk saya melihat anak syurga ini tabah bertarung nyawa.
Al-Fatihah buat Kyfa Nishka
Memetik laporan Berita Harian, keluarga Nishka reda dengan pemergian anak bongsunya itu dan telah bersedia terhadap sebarang kemungkinan yang akan terjadi.
Sejak semalam Nishka tenat dan tidak memberi sebarang maklum balas. Memang kami sekeluarga sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Walaupun sedih, ini semua takdir Allah dan bersyukur pemergian Nishka dipermudahkan.
Pasangan ini juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan Nishka serta kepada mereka yang sentiasa memberi kata-kata semangat serta sokongan buatnya. Jenazah Nishka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Marak, Bachok.
Nishka kritikal dan tenat
https://www.instagram.com/p/B3GuJbPhk0t/
Sebelum ini, Khairiah Kamarudin ada berkongsi tentang keadaan anaknya yang agak kritikal dan tenat serta memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan Nishka.
Keadaan kepalanya semakin membesar telah meminimumkan pergerakan anak kecil ini.
Sumber: Khairiah Kamaruddin, Mawar Karim, Berita Harian