berita

Hitung Hari Nak Bersalin, Ibu Pilu Bayi Meninggal Dunia Sebab Terkena Virus Daripada Kucing

November 18th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Berat mata memandang, berat lagi mahu yang memikul. Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan situasi yang dilalui Dyna Yusof apabila kehilangan bayi tercinta ketika usia kandungan 9 bulan.

Artikel Berkaitan: Bayi 12 Bulan Kritikal & Alami Pendarahan Di Kepala Selepas Tak Sedarkan Diri Di Taska

Bayi meninggal dunia sebab virus

Menerusi perkongsian di TikTok, Dyna memberitahu setelah hampir enam bulan berlalu, baru kini dia bersedia mendedahkan kepada umum punca pemergian bayi kesayangannya itu.

Ujar Dyna, sebelum ini iaitu dari awal kehamilan bayinya itu sangat aktif sehinggalah pada pemeriksaan kandungan yang terakhir, doktor memaklumkan jantung bayinya sudah terhenti.

Hari terakhir saya buat pemeriksaan kandungan dapat tahu bahawa jantung bayi saya dah berhenti. Masa tu saya terkejut, saya tanya doktor, bayi saya kemana.

Doktor jelaskan bahawa bayi saya dah meninggal dunia. Masa tu saya terdiam, tak mampu berkata apa-apa. Keluar dari bilik doktor, masuk kereta saya terus menangis sebab tak boleh terima perkara itu.

Namun, setelah 3 bulan berlalu, doktor akhirnya mengesahkan bayinya itu dijangkiti oleh virus Toxoplasma (diperolehi daripada kucing) sejak awal kandungan lagi.

Bayi saya ada jangkitan virus Toxoplasma disebabkan kucing (masalah kesihatan yang disebabkan oleh bawaan parasit dalam sel haiwan).

Saya minta maaf kepada peminat kucing atau yang memelihara kucing sebab ini mungkin agak sensitif. Saya nak jelaskan apa yang berlaku tapi saya tidak pernah salahkan kucing, saya terima takdir tu. Mungkin Allah SWT nak uji saya.

Meskipun berat untuk diterima, tetapi Dyna menganggap ianya adalah takdir yang sudah tertulis buat dirinya dan suami.

Menjengah ke ruangan komen, ada di antara wargamaya turut menceritakan pengalaman sama yang dilalui mereka apabila dijangkiti penyakit toksoplamosis berpunca oleh virus Toxoplasma daripada kucing.

Video

@dynayusof88 Luluh hati seorang ibu ??#fyp #madamD #jamumodenvdare ? original sound – ???????????? – ???????????


Sumber: TikTok Dyna Yusof

SKIP THIS AD ×