berita

Bayi Perempuan 3 Bulan Maut, Diberi Minum Susu ‘Dadah’ Ibu

December 17th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Malang nasib seorang bayi berusia tiga bulan, apabila ditemui mati setelah minum susu badan ibunya. Difahamkan bayi itu mati disebabkan susu ibunya mempunyai ‘dos’ dadah jenis Metamfetamin. Kejadian tersebut berlaku di New Orleans, Mexico.

Bayi 3 bulan mati

Foto suspek: Mirror UK

Menerusi laporan yang ditulis Mirror UKsuspek dikenali sebagai Autumn Blansett, 31 tahun, berhadapan tuduhan membunuh bayi perempuannya setelah ‘dos’ Metamfetamin dijumpai di dalam sistem tubuh badan bayi tersebut. Suspek juga telah mengaku mengambil ubat pelali dan ganja sebelum menyusu anaknya.

Seorang bayi perempuan telah mati setelah dia disusui oleh ibunya yang telah mengambil dadah.

Ketika kejadian pasukan perubatan telah dipanggil untuk memberikan rawatan awal susulan bayi itu tidak memberikan sebarang respon setelah minum susu ibunya. Akhirnya, bayi malang itu meninggal di tempat kejadian. Hasil laporan toksikologi (analisis keracunan dalam badan manusia) yang dikeluarkan pada 11 Disember yang lalu, mendapati ‘dos’ Metamfetamin yang mematikan sistem bayi itu.

Jumpa ‘ubat’ di rumah

Sekadar gambar hiasan

Tidak berakhir di situ, pihak polis turut menjumpai kedua-dua ‘ubat’ semasa membuat penggeledahan di rumah suspek. Kini suspek akan berdepan dengan tuduhan membunuh anak sendiri. Jelas WNDU-TV ini bukan kes yang pertama yang terjadi di Amerika Syarikat yang melibatkan kematian kanak-kanak berikutan minum susu ibu yang mengandungi ‘ubat’ tambahan.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×