berita

Ibu Gian Dadah Jual Anak Harga RM56 Pada Teman Lelaki, Kemudian Dirogol & Dibunuh

May 2nd, 2023 | by Alia
Kini Trending

Foto: Newsflash

Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dijual oleh ibu kandungnya gara-gara mahu membeli 30 kiub kokain akibat ketagihan dadah.

Artikel Berkaitan: Bapa Tiri Bakal Hadapi Hukuman Penjara 830 Tahun, Berdepan 32 Pertuduhan Termasuk Rogol Anak

Artikel Berkaitan: Warga Emas Di Penjara 96 Tahun Kerana Melakukan Serangan Seksual

Artikel Berkaitan: Tular Video Mak Cari Anak Hilang, Rupanya Remaja Lari Rumah Disyaki Trauma Jadi Mangsa Rogol Bapa Tiri

Kejadian dirakam CCTV

Foto: Newsflash

Kejadian menyayat hati yang berlaku di Asuncion, Paraguay itu berjaya dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Difahamkan kanak-kanak bernama Luz tersebut dibawa oleh teman lelaki ibunya untuk dirogol dan dibunuh.

Lebih menyedihkan, kanak-kanak itu dilihat cuba melarikan diri daripada cengkaman teman lelaki itu. Rakaman memaparkan lelaki tersebut menggendong Luz dan menamparnya untuk menghalangnya daripada cubaan melepaskan diri.

Berdasarkan laporan Metro UK,  pada 22 April lalu mayat kanak-kanak malang itu ditemui berbalut dengan baju di atas katil sebuah rumah terbiar di Pedro Juan Caballero, Paraguay.

Ibu durjana diberkas polis

Aurelia Salinas & teman lelakinya ditangkap. Foto: Newsflash

Penduduk tempatan yang berang dengan ibu kanak-kanak tersebut dilaporkan cuba membunuh wanita itu selepas dia mengakui bahawa sudah menjual anak perempuannya dengan harga RM56 (10 pound sterling).

Wanita bernama Aurelia Salinas tersebut pada awalnya memberitahu pihak polis bahawa anaknya telah menghilangkan diri semasa dia sedang tidur. Bagaimanapun, dia akhirnya mengakui perbuatan kejamnya itu setelah polis menemui rakaman CCTV.

Susulan itu, Salinas dan teman lelakinya telah ditahan bersama seorang remaja 17 tahun yang didakwa turut terlibat melakukan jenayah tersebut.

Menurut polis, wanita tersebut berada di bawah pengaruh dadah dan kelihatan tidak peduli ketika polis mencari anaknya.

Dalam pada itu, penyiasat menjelaskan bahawa keluarga itu mempunyai sejarah tragedi lampau. Salinas difahamkan mempunyai tujuh lagi anak, termasuk seorang gadis berusia 12 tahun yang didakwanya dibenarkan untuk didera secara seksual oleh seorang lelaki berusia 30 tahun. Kini, kedua-dua kes tersebut masih dalam siasatan.

Dilaporkan lebih 300 orang penduduk tempatan menghadiri pengebumian kanak-kanak perempuan itu dan beberapa orang jirannya kemudian membakar rumah di mana mayatnya ditemui.

Sumber: Metro UK

SKIP THIS AD ×