Hampir tiga minggu dilarikan tiga lelaki sebelum ditemukan polis, ejen jualan barangan kosmetik yang dikenali sebagai Azie akhirnya dipercayai tiba di rumahnya di Kampung Semat Jal, Tumpat, Kelantan.

Artikel berkaitan: Ejen Kosmetik Dilarikan Ahli Sindiket Dadah, Suami Ditahan Polis

Menerusi laporan Utusan Malaysia, wanita itu sudah bertemu dengan ahli keluarga.

Masih trauma

Azie dipercayai dihantar anggota polis ke rumahnya selepas beberapa hari berada di Bukit Aman. Difahamkan, keluarga Azie mengelak untuk ditemubual dan enggan membuka pintu pagar rumah sepanjang petugas media berada di kawasan perumahan tersebut. Di samping itu, terdapat beberapa notis larangan yang ditampal di pintu masuk buat petugas media yang menghampiri rumah Azie.

Difahamkan, Azie masih trauma dan keluarganya tidak membenarkan dia diganggu buat masa ini. Mangsa perlu banyak diberi kaunseling untuk menghilangkan tekanan selepas diculik.

Terdahulu, Azie telah memberi keterangan di Bukit Aman. Setelah selesai proses keterangan, wanita itu dibenarkan pulang bertemu keluarga. Azie telah diselamatkan pi­hak berkuasa Thailand sebelum diletakkan di depoh Imigre­sen, Thailand bagi proses dokumentasi.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia