berita

Ejen Kosmetik Dilarikan Ahli Sindiket Dadah, Suami Ditahan Polis

September 15th, 2022 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Sekadar gambar hiasan

Perselisihan di antara ahli sindiket dadah dipercayai merupakan punca utama seorang wanita yang juga ejen jualan kosmetik dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, di Tumpat, petang kelmarin.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ejen Produk Kosmetik Dilarikan Tiga Lelaki Bersenjata

Suami terbabit sindiket dadah

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan iaitu Datuk Muhamad Zaki Harun, suami Rosnazirah Mohd Naim dipercayai terbabit dalam aktiviti penyeludupan dadah. Susulan daripada itu, tiga individu termasuk suami mangsa dan seorang wanita berusia 35 hingga 47 tahun telah ditahan semalam bagi membantu siasatan.

Kita sudah memohon bantuan daripada pihak berkuasa Thailand bagi menyelamatkan mangsa berusia 36 tahun dan usaha ke arah itu giat dilakukan.

Polis juga percaya mangsa mengetahui aktiviti yang dilakukan suaminya selain mengenali suspek yang melarikannya kelmarin.

Kelmarin, Rosnazirah Mohd Naim dilapor telah dilarikan sekumpulan lelaki dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios. Dalam laporan semalam, mangsa dikatakan dibawa sekumpulan lelaki menaiki bot menuju negara jiran, manakala Toyota Vios dinaiki mereka turut ditemukan di sebuah pangkalan haram di situ.

Sehingga kini, pihak polis masih giat menjalankan siasatan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×