Baru-baru ini, kecoh di laman sosial apabila ramai ‘alim ulama’ mengatakan kejadian gempa bumi yang berturut-turut di Indonesia merupakan musibah yang diturunkan oleh tuhan atas kelekaan dan kealpaan penduduk dikawasan tersebut. Ianya juga menerima pelbagai respon dari netizen.
Terbaru, pemuda berkongsi luahan seorang sukarelawan yang datang ketempat kejadian gempa bumi berlaku menerusi Facebook miliknya. Ada betul juga cakap dia tu.
Malas nak ulas pada mulanya
JANGAN BERLAKU TIDAK ADIL!
Mulanya malas nak ulas nanti dikata ilmu tak cukup, tidak mendengar kalam ulama’ dan sebagainya.
Tetapi sy nak kongsi juga pandangan sy bila membaca tulisan dan video dari beberapa ustaz yg cuba membawa naratif yg berat sebelah berkenaan bencana gempa dan tsunami ini.
Ayat yg digunakan,
‘Semoga kita tidak dihancurkan seperti mereka’
‘Jangan sampai kita diazab seperti mereka dgn penganjuran oktoberfest’
Dikaitkan dgn LGBT dan sebagainya.
Lagi menyedihkan kita ke tempat bencana seperti ‘menggunakan’ mangsa2 ini demi kepentingan kita sendiri.
Kaji sejarah kawasan tersebut dahulu
Tidak dinafikan selama 7 hari kami disini ada masyarakat menyalahkan upacara nomoni dan aktiviti maksiat disini tetapi ramai yg ditemui juga tahu banyak lagi aspek lain yg menyebabkan kesan bencana ini bertambah parah dan km ikuti kuliah subuh di basecamp kami iaitu di Masjid Jami Kpg Baru dan Khutbah Jumaat di Donggala jg ustaz disini membawa naratif muhasabah dlm kehidupan bukan naratif yg negatif bahkan km sgt termotivasi dgn khutbah yg disampaikan.
Sifirnya sama, jika banjir melanda Kelantan dan kita kata itu bala Allah kerana maksiat di Kelantan adakah sesuai?
Saya yakin org Kelantan akan marah dan akan kata, dah kami mmg berada di kwsn rendah dan kebarangkalian banjir itu tinggi.
Begitu juga keadaannya disini. Harap ustaz2 baca juga sejarah gempa dan tsunami disini sebelum datang.
Dalam kerja kemanusiaan atau bencana dia ada satu perkara penting dan wajib sebelum dtg ke tempat bencana.
Wajib dapatkan Situation Report (SitRep) dan Data Accessment. Termasuk juga sejarah bencana yg berlaku di sesuatu kawasan.
Kita semua tahu Indonesia ini, ‘supermarket bencana’ (ini terma yg dipakai secara berseloroh oleh org tempatan).
Jg terdedah kpd pelbagai bencana alam spt gempa, tsunami, gunung berapi dsbnya. Lokasinya juga berada di Ring of Fire (Lingkaran Api Pasifik).
Lebih 81% gempa bumi yg terbesar di dunia berlaku di sepjg lingkaran ini dan indonesia berada di jalur gempa teraktif di dunia krn berada diatas 3 plat tektonik iaitu Indo-Australia di selatan, Eurasia di utara dan Pasifik di timur.
Dari segi sejarah jg Palu telah dilanda tsunami sebanyak 18 kali sejak 1800 dan ini kali yg ke 19.
Bahkan nama Palu itu berasal dari topalu’e yg bermaksud tanah yg terangkat.
Harap lebih cermat mendidik masyarakat
Rumusannya kwsn sini dan Indonesia sememangnya adlh kwsn yg terdedah kpd bencana ttp persoalan utama adlh bgaimana kita bersiap siaga menghadapi bencana dan mengurangkan kesan bila berlaku bencana.
Disini lahir aspek pendidikan, kefahaman dan teknikal dlm mendepani bencana. Sy tidak pakar dlm bidang ini ttp sbb itu kita boleh belajar dari Jepun bgaiman sistem kesiapsiagaan menghadapi bencana.
Indoensia juga sedang dlm proses membina aspek ini.
Sy membaca komen spt ‘padan muka’, terimalah laknat Allah atas perbuatan kamu etc di ruangan komen rakan2 di Malaysia amat meruntun jiwa.
Harap para ustaz dan agamawan lebih cermat memandu masyarakat. Jgn kerana kita nak tegakkan hujah kita dgn menzalimi org lain.
Kasihanilah mereka disini kehilangan sanak saudara, rumah, kawan sekelip mata. Ucapan kita mungkin menutup orang membantu mereka disini.
Orang disini yg saya temui seperti Ibu Eli di Donggala Selatan, Nenek Muna di Desa Wani serta adik Hidayat yg hancur rumahnya serta kematian sahabatnya di Balaroa.
Berlaku adillah. Didiklah masyarakat dengan kefahaman yg benar, alhaq dan holistik duniawi dan ukhrawi.
Pandangan dari kacamata seorang sukarelawan di lapangan yg masih belajar.
Aiman Khairul Azzam
Kota Palu, 13 Oktober 2018
Hari ketujuh, Misi Gempa Tsunami
Sumber: Raja Shamri