Sebelum ini, tindakan pelakon Nabila Huda berkongsi video memaparkan dia sedang menyediakan bekal makanan untuk anaknya, Keisha Laila ke sekolah telah mencuri perhatian wargamaya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terliur Tengok Nabila Huda ‘Tapau’ Daging Wagyu Untuk Anak Bawa Ke Sekolah -‘Fuh Bekal T20’
Mewah makanan
Mana tidaknya, rata-rata netizen terkejut melihat makanan yang disediakan aktres itu adalah daging jenis wagyu sekali gus melabelkan sebagai ‘bekal T20’.
Tidak mudah melatah, Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 38, bagaimanapun akui kurang senang dengan perkataan tersebut.
Menurut Nabila, dia dan keluarga hanya hidup bersederhana, namun apabila melibatkan soal makanan dia akui sedikit mewah.
Saya tidak suka betul dengan kenyataan tersebut sebab buat orang pandang serong dengan golongan berkenaan.
Tetapi saya tahu orang di luar sana berhak sahaja untuk bercakap apa sahaja yang mereka mahu.
Namun hanya saya dan keluarga yang tahu kehidupan kami macam mana dengan hidup yang sederhana.
Cumanya bila melibatkan masakan dan makanan memang saya tidak kisah untuk bermewah sedikit tentang makanan.
Nabila berkata demikin ketika ditemui pada majlis sidang media Nusa Fest yang diadakan di sebuah hotel di sekitar ibu kota, pada Selasa.
Tambah anak kepada penyanyi rock Amy Search itu lagi, memilih makanan yang berkualiti merupakan perkara yang penting.
Saya suka makan benda yang berkualiti dan sedap. Apa yang penting adalah mengikut kemampuan masing-masing.
Daging itu pun baki daripada yang sebelum-sebelum ini telah disimpan dalam peti ais.
Anak saya tidak kisah, dia akan makan apa yang saya makan.