Sepotong video yang memaparkan pelakon, Nabila Huda sedang menyediakan bekal makanan untuk anaknya, Keisha Laila dibawa ke sekolah telah mendapat perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Demi Usaha Dapatkan Cahaya Mata, Nabila Huda Beli Pil Bantu Hamil Di London
Artikel Berkaitan: Netizen Geli Tengok Kongsi Susu Dengan Kucing, Nabila Huda Respon – ‘Jawapan Itu Agak Sensitif’
Daging wagyu
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 42, dilihat sedang memasak beberapa jenis makanan untuk anaknya.
Antara makanan yang disediakan termasuklah truffle garlic penne, sos napoletana dan buah jambu.
Bagaimanpun, apa yang membuat wargamaya teruja adalah pelakon itu turut menyediakan daging jenis wagyu untuk anak tercinta.
Menerusi video sama, dapat dilihat makanan itu diisi dalam bekas berasingan sebelum dimasukkan dalam sebuah beg untuk memudahkan anaknya membawa ke sekolah.
Bekal T20
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya berasa ‘kagum’ dengan menu yang disifatkan bertaraf golongan T20 kerana umum mengetahui harga daging tersebut agak mahal di pasaran.
Dalam pada itu, ada juga yang memuji Nabila kerana menyediakan sendiri bekal makanan untuk anaknya berbanding membeli makanan yang sudah siap.
Video
@abilsuhaimi Truffle garlic penne + Napoletana sauce & Wagyu steak siap untuk bekal anak pergi sekolah ? #Fyp ? original sound – Nabila Huda
Sumber: TikTok