berita

Bekas Finalis MasterChef Malaysia & Suami Didakwa Bunuh Pembantu Rumah

December 30th, 2021 | by Hariz
Isu & Kontroversi

Seorang finalis Masterchef Malaysia 2012 dan suami dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kota Kinabalu, atas dakwaan membunuh pembantu rumah mereka di sebuah kondominium, antara 10 Disember hingga 13 Disember lalu.

Kedua-dua tertuduh berdepan pertuduhan tentatif mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh sendiri membuat laporan polis

Pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun itu tidak mengambil sebarang pengakuan daripada kedua-dua tertuduh, dan sebutan semula kes ditetapkan pada 10 Februari depan.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa membunuh pembantu rumah mereka, Nur Afiyah Daeng Damin, 28 tahun, di sebuah kondominium di Jalan Lintas Lido, Kota Kinabalu.

Tertuduh merupakan bekas finalis program MasterChef Malaysia 2012 dan juga seorang jurutera. Manakala, suaminya seorang kontraktor.

Jalani tahanan reman

Sekadar gambar hiasan

Terdahulu pasangan berkenaan telah ditahan pada 14 Disember, sehari selepas mereka membuat laporan polis mendakwa menemui pembantu rumah mereka di atas lantai di kondominium mereka, selepas pulang daripada bercuti. Mereka kemudian dibebaskan atas jaminan polis pada 21 Disember lalu.

Pasangan tersebut kini diperintah menjalani tahanan reman lanjut sehingga kes selesai.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×