Pada penghujung Disember, pelakon Luqman Hafidz mengakui sudah bercerai dengan isteri, Nurul Atiqah Mad Apandi pada Jun lalu.
Artikel Berkaitan: Semoga Tiada Spekulasi Yang Timbul, Luqman Hafidz Mengaku Sudah Bercerai
Semoga bahagia atas kesedihan saya
Terbaru, Atiqah seakan memberi bayangan punca keretakan rumah tangganya dengan Luqman gara-gara kehadiran orang ketiga.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Atiqah menyindir dengan mengucapkan terima kasih kepada pelakon Ola Bola dan penyanyi Eryn Gani kerana meruntuhkan keluarga kecilnya.
Dah tau skandal
Dalam hantaran di Instagram Stories, Atiqah turut berkongsi tangkapan skrin yang memaparkan pendedahan dari netizen yang mendakwa pernah bertembung dengan aktor berumur 31 tahun bersama wanita ‘free hair’ di Pulau Pinang, pada tahun lepas.
Stay strong. Sebenarnya saya pernah nampak bekas suami awak dekat Pulau Pinang dengan perempuan lain. Sebelum awak update pasal perosak rumah tangga.
Rasanya tahun lepas atau awal tahun. Saya beratur belakang dia masa beli nasi ayam.
Sekadar info, Luqman mendirikan rumah tangga dengan Nurul Atiqah pada 20 Mac 2020 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Eve Laura pada 6 Februari 2021 yang kini berusia setahun.
Sumber: Instagram @atqsmmr