Seorang individu berkongsi pengalaman pahit apabila rumah tangga yang dibina akhirnya runtuh gara-gara kehadiran orang ketiga, malah turut mendedahkan nasib yang menimpa wanita tersebut selepas itu.

Artikel Berkaitan: Aireena Sofia Tampil Dengan Bukti Baharu, Dedah Mesej WhatsApp Haqiem Stopa Didakwa Tidur Sebelah Penyondol– ‘Ini Baru 0.01% Saya Spill’ 

Artikel Berkaitan: Madam Mariyah Bercerai Talak Satu – ‘Saya Terjah Mr.S Berduaan Dengan Penyondol Dalam Kereta’

Kifarah seorang penyondol

Foto AI

Menerusi hantaran di Threads, individu berkenaan mendakwa wanita yang mengganggu perkahwinannya ketika itu berusia 22 tahun dan kejadian berlaku sewaktu dia sedang hamil.

Yang kacau rumah tangga saya adalah wanita berusia 22 tahun ketika itu. Masa itu saya tengah mengandung dan ketika meneran anak, saya sumpah kedua-duanya (penyondol dan bekas suami).

Menurutnya, berdasarkan cerita terkini yang diperoleh daripada adik iparnya, kehidupan wanita berkenaan dikatakan diuji dengan pelbagai dugaan.

Daripada cerita adik ipar saya, wanita itu tidak dapat habiskan degree sebab kena tangkap basah dan mengandung.

Akhirnya dia jual makanan dengan mak ayahnya bersama bekas suami saya. Sekarang dia sudah gemuk dan nampak lebih tua daripada saya.

Individu berkenaan turut mendakwa pernah terbaca luahan wanita itu di media sosial yang seolah-olah mempersoalkan nasib dirinya sendiri.

Pernah terbaca perkongsian dia di Twitter, dia meroyan tanya kenapa dia seorang saja yang terima kifarah. Dia juga cakap bekas suami saya layan dia macam kuli.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mengingatkan orang ramai agar tidak mengganggu rumah tangga orang lain kerana setiap perbuatan pasti ada balasannya.

Sumber: Threads