berita

Bekas Isteri Luqman Hafidz ‘Tepek’ Muka Penyondol Di Instagram

August 19th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Bekas Isteri Luqman Hafidz 'Upload' Gambar Penyodol

Seperti yang diketahui ramai, pelakon Luqman Hafidz telah pun bercerai dengan isterinya, Nurul Atiqah Mad Apandi pada Jun 2022 yang lalu.

Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Dakwa Orang Ketiga Punca Bercerai, Netizen DM Pernah Nampak Luqman Hafidz & Wanita ‘Free Hair’ Di Pulau Pinang

Muat naik foto penyondol?

Bekas Isteri Luqman Hafidz 'Upload' Gambar Penyodol

Terbaharu, bekas isteri kepada pelakon Ola Bola itu mencuri perhatian apabila dilihat memuat naik foto seorang wanita di laman Instagram (IG) nya.

Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat wanita tersebut sedang membuat posing dan isyarat ‘peace’ sambil bercuti di sebuah pulau.

Apa yang lebih mengejutkan ialah kapsyen yang ditulis Atiqah mendakwa wanita tersebut adalah orang ketiga dalam rumah tangganya sebelum ini.

Penyondol, ‘VICTIM’.

Sebelum ini, Atiqah pernah berkongsi tangkapan skrin yang memaparkan pendedahan dari netizen yang mendakwa pernah bertembung dengan bekas suaminya itu bersama wanita ‘free hair’ di Pulau Pinang, pada tahun lepas.

Respon netizen

Bekas Isteri Luqman Hafidz 'Upload' Gambar Penyodol

Bekas Isteri Luqman Hafidz 'Upload' Gambar Penyodol

Bekas Isteri Luqman Hafidz 'Upload' Gambar Penyodol

Bekas Isteri Luqman Hafidz 'Upload' Gambar Penyodol

Menjengah ke ruangan komen, netizen menasihati Atiqah tidak lagi membuka aib memandangkan dia sudah hampir setahun berpisah dengan bekas suami.

Namun begitu, ada yang tampil mempertahankan tindakan Atiqah dengan menyatakan wanita itu berhak untuk berbuat demikian setelah merasai pelbagai ujian dan dugaan dalam perkahwinan.

Sekadar info, Luqman dan Atiqah pernah mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2020 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Eve Laura, 2.

Sehinggalah pada Disember 2022, Luqman mendedahkan bahawa dia dan Atiqah sudah pun bercerai pada Jun 2022 yang lalu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×