Bekas pengurus Khairul Aming tampil memohan maaf secara terbuka di laman Instagram miliknya di atas isu yang hangat diperkatakan baru-baru ini.
Artikel berkaitan: Rupanya Ramai Tak Puas Hati, Khairul Aming Mengaku Silap Terlalu Percayakan Kawan Jadi PA
Artikel berkaitan: Ramai Cakap PA Besar Kepala & Susah Nak Berurusan, Khairul Aming Janji Selesaikan Masalah
Mohon maaf
Setelah beberapa hari mendiamkan diri daripada semua platform media sosial, akhirnya pada hari ini, bekas pengurus Khairul Aming (KA) yang dikenali sebagai Ahmad Fadhilat memberi kenyataan berhubung dakwaan ‘kurang mesra’ ketika berhubung dengan orang awam yang mahu mendapatka khidmat influencer tersebut.
Saya memohon maaf atas kesilapan saya pada tempoh hari. Dengan rendah hatinya saya meminta ribuan kemaafan kepada mereka yang telah pernah berkerjasama dengan saya secara terus / tidak terus.
Untuk pengetahuan semua, saya secara rasminya sudah dah tidak ada kaitan kerja dengan KA selepas insiden penularan ini berlaku.
Cuba perbaiki diri
Fadhilat juga memberitahu Khairul Aming kini sedang mencari pengurus baru bagi menguruskan segala kerja yang digalas oleh dirinya sebelum ini. Di akhir posting, dia mengakui akan kesilapan dengan berjanji menyertai mana-mana kelas untuk memperbaiki segala kekurangan sebelum ini.
Jadi semua socmed saya ini hanya untuk personal saya sahaja dan tidak ada kaitan dengan career dia. Saya akan improve my communication skills dengan menyertai kelas-kelas PR dan any kelas yang berkaitan.
Sumber: @monkeydlat